Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Pertandingan akhir Anugerah Nasyid IKIM.fm 2014 (ANI 2014) kini semakin hampir. 10 buah lagu akan berentap untuk menentukan lagu manakah yang berhak diangkat sebagai juara Anugerah Nasyid IKIM.fm (dulu dikenali sebagai Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm - ACNI). Pastinya artis-artis yang bertanding sedang gigih merancang dan melakukan persiapan untuk membuat persembahan terbaik pada malam kemuncak Anugerah Nasyid IKIM.fm 2014 (ANI 2014) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Putrajaya pada 10 Januari 2015 ini. Acara gilang-gemilang ini akan disiarkan menerusi TV Al-Hijrah, radio Ikim.fm dan televisyen online Ikim.fm.